Berita Terkini Terengganu

Berita Terkini Pakat

Kata alu-aluan Pengarah Kastam Negeri Terengganu

Saya mengambil  kesempatan sempena Tahun Baru 2010 dan Sambutan Hari Kastam Sedunia ke -28 yang bertemakan KASTAM DAN RAKAN NIAGA PENINGKATAN PRESTASI MELALUI PERKONGSIAN  untuk memberi ikrar  iaitu

1. Melayan pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan JKDM Terengganu sebagai tetamu melalui pendekatan senyum dan ceria

2. Memastikan konsep 1 KASTAM dilaksanakan iaitu stakeholders didahulukan pelanggan diutamakan

3. Berjanji menyelesaikan setiap perkara yang berbangkit dengan penguatkuasaan dan pematuhan perundangan ditangani dengan cekap,cepat,tepat dan saksama

4. Berjanji memberi kemudahan kepada sektor perdagangan dan perindustrian setelah memenuhi  syarat - syarat yang diperlukan tanpa  mengetepikan perundangan dan peraturan

5. Berjanji memastikan sistem penyampaian perkhidmatan JKDM Terengganu berada pada tahap yang membanggakan

6. Memastikan setiap jenayah penyeludupan dan frod kastam dibenteras secara berterusan .

 

 

DATO AZIS BIN YACUB D.P.S.K.,P.S.K.,K.M.N.
Pengarah Kastam Negeri Terengganu

Objektif Kastam

1. Memungut cukai tidak langsung persekutuan dibawah undang-undang yang ditadbir oleh Kerajaan dengan tepat dan berkesan dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektur perdagangan dan perindustrian.

2. Mengesan dan mencegah semua kegiatan penyeludupan / kebocoran hasil negara dengan cekap dan berkesan serta menguatkuasakan semua undang-undang yang ditadbir oleh jabatan

Kata Hikmah

Visi

Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015

Misi

Memacu Pertumbuhan Ekonomi, Memelihara Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat Melalui Perkhidmatan Pungutan Hasil , Fasilitasi Perdagangan dan Perindustrian Serta Memastikan Pematuhan Undang-Undang Secara Cekap dan Berkesan 

Alamat Ibupejabat

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu
Wisma Kastam,
Jalan Balik Bukit,
20300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
09-6204242
09- 6204251
09-6223828(fax)

Alamat Cawangan

Kastam Diraja Malaysia Kemaman
Jalan Kampung Tengah
Kuala Kemaman
24000 Kemaman
Terengganu
09-86813333
09-86858255(fax)